Wanita dibunuh kerana mahu kahwin kali ketiga

Wanita dibunuh kerana mahu kahwin kali ketiga

Wanita dibunuh kerana mahu kahwin kali ketiga
GAMBAR HIASAN

Karachi: Niat wanita Pakistan berkahwin kali ketiga tidak terlaksana apabila dia dibunuh abang-abangnya.

ARY News yang berpangkalan di Pakistan melaporkan, polis berkata, wanita itu sebelum ini kehilangan dua suaminya, sebelum menyatakan hasratnya untuk berkahwin buat kali ketiga.

Katanya, permintaan wanita itu menimbulkan kemarahan abang-abangnya, yang membunuhnya selepas mereka terbabit dalam pertengkaran.



“Wanita itu meninggalkan lapan anak,” kata laporan itu memetik pengesahan polis.

Polis menemukan 30 pistol dan dua peluru di tempat kejadian.

Seorang pegawai polis berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Wanita dibunuh kerana mahu kahwin kali ketiga

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button