Culik Albertine Leo: Suspek kelima ditangkap semula

Culik Albertine Leo: Suspek kelima ditangkap semula

Culik Albertine Leo: Suspek kelima ditangkap semula

JOHOR BAHRU: Polis membuat tangkapan semula ke atas seorang suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tangkapan semula itu dibuat bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek dekat Kulai.



“Hari ini, kita sahkan membuat tangkapan semula ke atas suspek lelaki tempatan yang sebelum ini ditahan berhubung kejadian culik di kawasan Eco Galeria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumar berkata, suspek berusia 31 tahun itu dijangka dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




Terdahulu, tempoh reman suspek yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan itu tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat.

Lelaki berusia 31 tahun itu adalah suspek kelima kes penculikan Albertine Leo yang ditahan kira-kira jam 4.45 pagi, 23 Julai lalu, di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, ketika polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berkenaan di lokasi itu.

Suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari sebelum disambung enam hari lagi bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak -kanak 2017.



Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman empat hari sehingga 26 Julai lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

Culik Albertine Leo: Suspek kelima ditangkap semula

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button