Penduduk selamba buang sampah atas kereta api

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk selamba buang sampah atas kereta api
Tangkap layar menunjukkan sampah-sampah yang dicampakkan ke atas kereta api. – Instagram @infojkt24

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan segelintir penduduk tempatan dengan selamba membuang sampah di atas kereta api, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infojkt24, beberapa individu dilihat berlegar-legar di landasan kereta api Kemayoran di Jakarta Pusat.



Mereka kemudian membaling beberapa bungkusan plastik berisi sampah ke atas kereta api yang sedang bergerak. 

Meskipun dihalang oleh pagar keselamatan di sepanjang landasan, mereka tetap menceroboh masuk untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu. 

Rakaman tersebut menjadi tular dan meraih lebih 123,000 tontonan serta 1,445 tanda suka. 

“Tidak hairan mengapa Jokowi (Presiden Joko Widodo) memindahkan ibu negara,” kata seorang netizen. 



“Sebab itu pentingnya ada pendidikan,” sindir netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button