Nabila Razali Menyanyi Lagu Aishah Sambil Mengurut [VIDEO]

Curi Perhatian Netizen!-“Dah Sedap Suara Dia…”

Nabila Razali Menyanyi Lagu Aishah Sambil Mengurut [VIDEO]

Nabila Razali Menyanyi Lagu Aishah Sambil Mengurut [VIDEO]

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu milik penyanyi lagenda negara Aishah atau nama penuhnya Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin menerusi video pendek di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali dilihat mendendangkan lagu Janji Manismu nyanyian asal Dato’ Aishah ketika mengurut kaki suaminya, Nik Iruwan Nik Izani di kediaman mereka.



“Lilin habis, Kita urut la pulak eh.”-kapsyen Nabila di TikTok

@nabila.razalii

Lilin habis. Kita urut la pulak lah ek #CandleCover #JanjiManismu

♬ original sound – nabila.razali – nabila.razali



“Dah Sedap Suara Dia…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang memuji vokal penyanyi itu kedengaran lebih bagus berbanding sebelum ini.

“Suara dia ni macam Nabila Razali.”

“Melawak boleh, menyanyi boleh, berlakon boleh, mengurut pun pandai.”

“Sedap suara. Awak ni penyanyi ke?.”



“Bella dah tau pakai suara macam mana waktu nada tinggi.”

“Dah sedap suara dia. Practice makes perfect gitu.”

“Tapi ni serius weyh aku cakap. Suara Kak Nab kita makin sedap ouhh sejak kahwin ni. Kena keluar single baru rasanya.”

“Untung lah encik suami. Urut kaki pun ada penyanyi popular nyanyikan. Semoga terus bahagia hingga ke Jannah.”



“Untung lah, tak payah buka radio, hari-hari dengan awak nyanyi live.”

Sekadar info, Nabila Razali mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta rakan rapat.

Nabila Razali Menyanyi Lagu Aishah Sambil Mengurut [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button