Papan iklan dipanah petir hempap kenderaan

Oleh – Syeikh Baran


Papan iklan dipanah petir hempap kenderaan
DETIK papan iklan jatuh di Thane. – Foto X/@ANI

Satu rakaman video tular memaparkan sebuah papan iklan gergasi runtuh dan  menghempap tiga buah kenderaan ketika hujan di Thane, India, lapor portal berita Hindustan Times. 

Ketika kejadian, tiga buah kenderaan diletakkan berhampiran papan iklan gergasi itu.



Agensi berita ANI menulis: “Sebuah papan iklan kayu runtuh di Sahajanand Chowk, Thane pada pukul 10.18 pagi tadi (Jumaat).”

Rakaman video itu pada mulanya menunjukkan sebuah persimpangan yang sibuk, sebelum cahaya kilat memancar dan diikuti dengan papan iklan gergasi tersebut runtuh dalam masa beberapa saat.

Orang ramai berkumpul di sekitar lokasi kejadian untuk melihat keadaan itu, namun tiada individu yang cedera. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button