Polis serbu 3 kenderaan, rampas 6 juta pil methamphetamine

Oleh – Syeikh Baran


Polis serbu 3 kenderaan, rampas 6 juta pil methamphetamine
HASIL rampasan dadah dalam serbuan sebuah konvoi narkotik di Pathum Thani. – KHAOSOD

Polis merampas enam juta pil methamphetamine (meth) dan 365 kilogram kristal methamphetamine kristal(Ice) dalam serbuan di wilayah Pathum Thani selepas sekumpulan pengedar narkotik berhenti untuk makan, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Operasi itu diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Jeneral Polis Diraja Thai,  Kittirat Phanphet dan, Asisten Komisioner Jeneral, Samran Nuanma .



Susulan maklumat risikan, polis mengesan geng penyeludup dadah yang mengangkut sejumlah besar narkotik dari daerah Mae Fah Luang dan Mae Chan di wilayah Chiang Rai. 

Risikan mendedahkan konvoi dadah itu terdiri daripada tiga kenderaan iaitu sebuah trak Hino putih dan dua trak pikap Toyota berserta sebuah kenderaan peninjau laluan serta sebuah kenderaan yang mengekori rapat.

Konvoi dadah itu menyeberangi  wilayah Chiang Rai, Phayao, Phrae, Uttaradit  dan Sukhothai.

Pasukan Gerakan Khas (SOD) mengekori konvoi itu sehingga mereka mendapati ketiga-tiga kenderaan diletakkan di jalan Bang Bua Thong-Bang Phun di Ban Mai, daerah Mueang, wilayah Pathum Thani.



Anggota-anggota kumpulan penjenayah itu berhenti untuk  menjamu selera di sebuah restoran bufet. Pasukan keselamatan seterusnya menyerbu suspek dan menggeledah semua kenderaan terbabit lalu menemui 60 guni berisi enam juta pil meth dan 365 kilogram Ice.

Semasa disoal siasat, salah seorang suspek mengaku dadah itu untuk dihantar ke  wilayah Nonthaburi dan Pathum Thani. 

Menurutnya, mereka diupah sebanyak 500,000 baht(RM63,815) dan menerima wang muka berjumlah 100,000 baht (RM12,763). Hujan lebat mendorong mereka berhenti untuk menjamu selera dan menyebabkan mereka ditangkap.

“Kami menerima risikan yang boleh dipercayai berhubung penghantaran dadah yang penting ini. Perancangan rapi dan tindakan pantas pasukan kami menghasilkan operasi yang berjaya,” kata polis.



Polis telah menahan mereka untuk siasatan lanjut, lapor laman berita KhaoSod. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button