3 individu direman, terima rasuah sembunyi dokumen penting syarikat minyak sawit

Oleh – Syeikh Baran


3 individu direman, terima rasuah sembunyi dokumen penting syarikat minyak sawit
Tiga individu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan perintah reman pagi tadi. – Foto SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu disyaki menerima rasuah bagi menyembunyikan dokumen penting melibatkan syarikat industri minyak sawit.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap suspek wanita berusia 40-an.



Manakala dua suspek lelaki berusia 40 hingga 50-an direman selama lima hari sehingga Rabu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Norainina Shariful Anuar setelah permohonan di buat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan sekitar pukul 10 malam semalam hingga 1 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

“Suspek wanita yang bertugas sebagai Pengurus Akaun ditahan kerana disyaki terlibat dengan transaksi penerimaan rasuah.



“Manakala dua suspek lelaki yang merupakan setiausaha syarikat ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi menyembunyikan beberapa dokumen penting berkaitan Call Option Agreement (COA).

“Dokumen ini dipercayai disembunyikan oleh setiausaha syarikat untuk melambatkan pihak kedua daripada melaksanakan perjanjian COA yang telah ditandatangani pada Mac 2021 dan melengahkan penghakiman kes saman sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2022,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button