Halau pelanggan mahu bergambar, penjual jus dikecam

Oleh – Syeikh Baran


Halau pelanggan mahu bergambar, penjual jus dikecam
Join mula dikenali ramai pada 2022. – TikTok

Seorang penjual jus di Thailand yang sebelum ini menempa populariti kerana wajahnya yang jelita, didakwa mula bersikap sombong sehinggakan sanggup menghalau pelanggan yang datang ke kedainya.

Laman berita Detik melaporkan, Join Ploychanok Puathanyawong mula menjadi sensasi internet pada 2022 disebabkan penampilannya yang menarik dan seksi.



Disebabkan itu, kedai jus miliknya mula diserbu ramai pelanggan dari dalam dan luar negara sehinggakan Join terpaksa mengupah pengawal peribadi.

Namun, wanita tersebut baru-baru ini menerima banyak kecaman pelanggan selepas dia menolak permintaan untuk bergambar.

Menurut majalan online 8days, ramai netizen mengeluh kerana penjual digelar ‘wanita tembikai’ itu tidak lagi ramah dan sopan seperti sebelumnya.

Join dikatakan sering mengusir pengunjung yang merakam gambar tanpa membeli daripada kedainya.



Dia juga kerap membelakangi pelanggan yang merakam kandungan di premis itu selain pengawal peribadi turut diarah menghalau pengunjung yang tidak membeli.

Tambah pelanggan, mereka perlu membeli sekurang-kurangnya satu jus minuman berharga minimum 150 baht (RM18.83) sebelum dibenarkan merakam gambar.

“Harga sudah menjadi mahal. Dia seperti polis yang menghalang orang merakam gambar,” kata seorang netizen.

“Dia sudah tidak seramah dulu. Popularitinya membuatkan dia besar kepala,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button