Mat Don rela main ‘free’ dengan Kedah

Mat Don rela main ‘free’ dengan Kedah

Mat Don rela main ‘free’ dengan Kedah
IRIDON pernah bermain lebih 100 perlawanan sepanjang mewakili KDA dari 2015 hingga 2019.

PEMAIN naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menyatakan hasrat untuk kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) secara percuma bagi memastikan pasukan itu melonjak ke puncak semula.

Berdasarkan data Transfermarkt, pemain tengah berusia 32 tahun itu yang berasal dari Kosovo itu adalah ejen bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan buat masa ini.

“Telefon saya belum berdering, saya mahu pulang ke rumah (Kedah). Saya bermain secara percuma, cuma hanya mahu membantu,” katanya.



Pendirian Liridon itu diluahkan menerusi satu komen yang ditinggalkan pada ciapan KDA di laman Instagram selepas Sang Kenari tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Komen bekas bintang JDT itu turut mendapat reaksi positif daripada para penyokong KDA yang menyambut baik sekiranya pengurusan kelab berkenaan membuat keputusan untuk menerima semula khidmat Liridon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?




Sebagai rekod, Liridon pernah menjadi pemain kesayangan peminat bola sepak KDA apabila menjadi nadi utama kepada pasukan sepanjang empat tahun menyarung jersi negeri itu dari 2015 hingga 2019.

Antara pencapaian yang pernah diraihnya bersama KDA adalah trofi Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih pada 2017.



Liridon kemudiannya menyertai Melaka United sebelum menyarung jersi JDT dari 2019 hingga 2023 selain turut dipinjamkan keluar ke Newcastle Jets (Australia), Odisha (India), Khon Kaen United (Thailand) dan Terengganu FC.

Mat Don rela main ‘free’ dengan Kedah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button