Warga emas subahat curi kabel

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas subahat curi kabel
BAHRIN (tengah) menunjukan hasil rampasan daripada tujuh individu yang terlibat dalam kegiatan pecah sekolah selepas sidang akhbar di IPD Kluang hari ini.

Seorang pemilik kedai barang lusuh berstatus warga emas antara tujuh individu ditahan polis berhubung enam kes curi kabel tembaga yang dilaporkan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, manakala enam suspek lain termasuk seorang remaja 16 tahun yang tidak bersekolah juga disiasat kerana dipercayai terbabit dalam kes satu pecah sebuah sekolah di Machap, 13 Julai lalu.



Katanya, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah Proton Wira, telefon bimbit, projektor, empat guni berisi kabel tembaga dan menemui semula 13 komputer riba yang membabitkan kerugian kira kira RM25,000.

“Pada 13 Julai lalu, polis menerima laporan polis dari seorang lelaki berhubung kes pecah masuk sekolah dan kecurian.

“Susulan kejadian ini, pada 30 Julai hingga 2 Ogos lalu, dari 1 hingga 4.30 petang, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan tujuh lelaki tempatan.

“Hasil soal siasatan dijalankan terhadap suspek yang berusia 16 hingga itu telah berjaya menyelesaikan tujuh kes jenayah yang membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM25,000,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kluang di sini hari ini.



Ujarnya, reman terhadap semua suspek yang berusia 16 hingga 74 tahun itu dibenarkan selama empat hari.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button