Gelagat Bront Palarae Cakap Thailand [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!-“Lepas Ni Ramai Nak Belajar Thai”

 

Gelagat Bront Palarae Cakap Thailand [VIDEO]

Nasrul Suhaimin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis dan pengacara televisyen Malaysia. Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kushairi & The Velveboys (2001) dan peranan pembantu, kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal.

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada tahun 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem dimana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit.



Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 sekaligus menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global. Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, Indonesia dan Thailand.

“Bila Cakap Thai, Terus Soft Spoken”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @missdina_thailand_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 297 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 253 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Bront Palarae yang ditanya soalan dengan menggunakan bahasa Thailand, namun soalan tersebut dijawab oleh beliau juga dalam bahasa yang sama.

@missdina_thailand_



Replying to @Rnainsyamimi Bront Palarae speaks Thai. #brontpalarae Belajar Bahasa Thai. Learn Thai with me.Jom cakap Thai #cakapThai #LearnOnTiktok #belajarbahasathai #learnthaiwithme #learnthaionline #belajarbahasaonline #belajartitok #belajarbahasa #thailand🇹🇭 #malaysiatiktok #fyp #fypシ゚viral #fypage

♬ original sound – MissDina_Thailand_ – Miss Dina 🇹🇭🇲🇾

@missdina_thailand_

Belajar Bahasa Thai. Learn Thai with me.Jom cakap Thai #cakapThai #LearnOnTiktok #belajarbahasathai #learnthaiwithme #learnthaionline #belajarbahasaonline #belajartitok #belajarbahasa #thailand🇹🇭 #malaysiatiktok #fyp #fypシ゚viral #fypage



♬ original sound – Miss Dina 🇹🇭🇲🇾 – Miss Dina 🇹🇭🇲🇾

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka pelakon kegemaran mereka itu fasih berbahasa Thailand.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button