Meta dipanggil beri penjelasan hari ini – PMO

Oleh – Syeikh Baran


Meta dipanggil beri penjelasan hari ini – PMO
Gambar Hiasan

Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada pukul 2 petang ini bagi memberi penjelasan berkaitan tindakan syarikat penyedia platform itu menyekat beberapa hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang memaklumkan pertemuan itu akan diadakan pada pukul 2 petang ini



Selain sekatan terhadap hantaran Anwar mengenai ucapan takziah di atas kematian pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh,
sekatan itu turut berlaku terhadap siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di dianjurkan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa masih belum mendapat penjelasan lanjut daripada Meta berhubung tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri di Facebook dan Instagram berkaitan Almarhum Pengerusi Biro Politik Hamas.

Bagaimanapun, Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri itu dipercayai dilakukan di peringkat pengurusan lebih ‘tinggi’ oleh firma media sosial tersebut.

Baru-baru ini Anwar meluahkan rasa kecewa susulan tindakan Meta yang sekali lagi memadam kandungan di laman sosial Facebook beliau berkenaan ucapan takziah kepada pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang dibunuh.



Malah, Anwar memberi teguran keras kepada Meta supaya tidak menjadi bacul dan menjadi perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button