Suspek kes culik Albertine direman 6 hari lagi

Oleh – Syeikh Baran


Suspek kes culik Albertine direman 6 hari lagi
SUSPEK lelaki (seluar jeans) diiringi keluar daripada Mahkamah Majistret Kulai setelah perintah reman enam hari dikeluarkan terhadapnya.

Suspek kes culik kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, direman enam hari lagi bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun bermula hari ini sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas membenarkan permohonan polis.



Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

Terdahulu, suspek lelaki itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kulai dengan berpakaian baju T warna kelabu dan berseluar pendek kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Suspek tiba ke mahkamah dalam keadaan tangan bergari sambil diiringi anggota polis memasuki ke kompleks tersebut.

Semalam, Polis Johor membuat tangkapan semula ke atas suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan berlaku 20 Julai lalu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button