Melambung rempuh mat rempit

Oleh – Syeikh Baran


Melambung rempuh mat rempit
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial

Sekumpulan mat rempit melambung selepas merempuh penunggang lain yang terlebih dahulu terlibat kemalangan di Klang malam tadi.

Kejadian kemalangan itu berjaya dirakam sebelum tular dalam media sosial sejak malam tadi.



Menerusi rakaman video berdurasi 17 saat itu, kelihatan beberapa motosikal dan penunggang berada di tengah jalan kerana terlibat kemalangan.

Tidak lama kemudian sekumpulan penunggang lain dilihat melalui jalan tersebut dalam keadaan laju merempuh mangsa kemalangan yang terbaring di tengah jalan.

Keadaan itu menyebabkan dua buah motosikal serta penunggangnya melambung. – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button