Kim Pan-gon janjikan magis buat Ulsan

Kim Pan-gon janjikan magis buat Ulsan

Kim Pan-gon janjikan magis buat Ulsan
PAN-GON (kanan) diperkenalkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih Ulsan HD mengharungi saingan musim ini.

BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui penantian 28 tahun untuk ‘balik kampung’ cukup berbaloi apabila dapat kembali bersama kelab yang dicintainya, Ulsan HD selaku ketua jurulatih baharu pasukan itu musim ini.

Sebagai rekod, Pan-gon dianggap sebagai salah seorang individu berpengaruh di posisi sayap pasukan Ulsan ketika era 90-an sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke Jyeonbuk Hyundai pada 1997.

Kini, Pan-gon kembali ke kelab itu dengan status ketua jurulatih selepas diperkenalkan dalam majlis rasmi kelmarin sekali gus menamatkan spekulasi apabila menamatkan kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan lalu.



“Saya meninggalkan Ulsan pada 28 tahun lalu dengan hati yang sangat berat selain penuh kekecewaan. Namun, saya gembira apabila dapat kembali bersama pasukan dengan misi baharu.

“Kini, saya sudah memiliki pengalaman selaku jurulatih dan sudah tentu mahu berikan yang terbaik dalam usaha menunaikan sasaran yang telah ditetapkan oleh pengurusan sebelum ini,” katanya pada sidang media tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?




Mengulas lanjut, Pan-gon turut menyeru agar barisan pemain Ulsan dapat memberikan sepenuh jiwa di atas padang untuk memburu kejuaraan Liga 1 Korea Selatan selain bersaing pada kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) nanti.

“Saya harap pemain lebih bernafsu untuk memburu kejuaraan berbanding saya. Tugas saya hanyalah untuk melatih dan memberi motivasi.

“Sasaran awal sudah tentu mahu mencabar kejuaraan liga, Piala Korea Selatan dan melangkah sejauh mungkin pada kempen ACLE musim ini,” katanya.



Kim Pan-gon janjikan magis buat Ulsan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button