Calon Ali Baba PAS
Calon Ali Baba PAS
Umum mengetahui, calon Perikatan Nasional untuk piihanraya kecil DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, adalah bekas ahli PAS yang melompat ke PPBM.
Lebih pelik lagi, Rizwadi melompat ke PPBM hanya 2 hari sebelum beliau diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional untuk pilihanraya DUN Nenggiri.
Menjadi kebiasaan, apabila seorang politikus melompat ke parti lain, hubungan beliau dengan pemimpin bekas parti tersebut menjadi agak tegang.
Tetapi sekali lagi kita pelik, hubungan Rizwadi dengan pemimpin PAS dilihat lebih mesra dari pemimpin PPBM.
Cuma ketika dalam keadaan rela dalam paksa ketika melafazkan sumpah laknat, nampak ketegangan di air muka beliau.
Inilah kisah pelik tapi benar mengenai calon Perikatan Nasional untuk DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail.
Timbul persepsi di kalangan pengundi di DUN Nenggiri, apakah Rizwadi adalah calon Ali Baba PAS?
Sekiranya di bawah satu gabungan parti yang sama, tetapi menggunakan lambang parti yang lebih popular, itu adalah biasa.
Contohnya seperti Wan Ahmad Fayhsal, beliau masih lagi ahli PPBM, walau pun menggunakan lambang PAS untuk parlimen Machang dalam PRU 15.
Sebabnya, kerana PPBM sedar, sekiranya menggunakan lambang PAS, peluang untuk menang lebih besar.
Sebab itu ketika berkempen, Wan Fayhsal disarungkan dengan ‘jubah dan serban PAS’.
Strategi itu menjadi apabila beliau memenangi kerusi parlimen Machang.
Tetapi kes Rizwadi sangat berbeza dengan kes Wan Fayhsal.
Beliau seolah-olah ‘disewa’ oleh PAS kepada PPBM.
Persoalannya, kepada parti manakah kewalakan Rizwadi sekiranya berlaku perpecahan antara PAS dan PPBM dalam Perikatan Nasional.
Matlamat Menghalalkan Cara
Penyokong Perikatan Nasional mungkin akan mengatakan, tidak mungkin akan berlaku perpecahan di dalam Perikatan Nasional.
Tetapi sebagai manusia, adakah kita mahu mendahului perancangan Allah SWT?
Mengapakah PAS tidak mengekalkan status keahlian Rizwadi dan Perikatan Nasional mengisytiharkan beliau sebagai calon?
Adakah kerana PPBM berkeras kerana DUN Nenggiri kononnya adalah milik PPBM?
Kalau ini sebabnya, PPBM sepatutnya sedar, kemenangan Azizi di DUN Nenggiri adalah kerana meminjam lambang PAS.
Tidak ada apa yang boleh PPBM banggakan sekiranya Rizwadi menang di pilihanraya kecil DUN Nenggiri.
Sudah pasti tumpuan beliau akan lebih terarah kepada kepentingan PAS.
Dalam artikata lain, dalam pemerdagangan calon DUN Nenggiri, PAS akan mengaut keuntungan.
Tetapi PPBM hanya dapat komisen.
Jadi jangan marahlah bila Rizwadi dikatakan sebagai calon Ali Baba.
Di Syorkan Untuk Anda:
- Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan
- Kukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi
- Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September