Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Undangan Podcast, Shuib Beri Respon – [VIDEO]

‘Ada Dua Nama Yang Aku Takkan Panggil, Insya-Allah’

Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Undangan Podcast, Shuib Beri Respon – [VIDEO]

Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Undangan Podcast, Shuib Beri Respon – [VIDEO]

Baru-baru ini, tular satu potongan video memaparkan pelawak, Shuib Sepahtu yang berinteraksi dengan pengikutnya menerusi sesi siaran langsung.

 



Menerusi potongan video dimuat naik @_NazriH, terdapat permintaan daripada pengikut Shuib yang mahu pelawak itu menjemput ahli kumpulan asal Sepah ke podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie Roslan iaitu Dol’s Podcast.

Harap panggil ahli kumpulan asal Sepah ke Dol’s Podcast.



Apa yang mencuri perhatian ialah, pemilik nama Shahmira Muhammad ini memaklumkan bahawa perkara itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka sudah lama tidak berkomunikasi.

Tak dapat dan tak akan terjadi dah.

Situasi sesi siaran langsung itu kemudiannya dilihat semakin hangat apabila Shuib memberikan respon serta merta apabila ada pengikutnya yang meminta untuk tidak menjemput Rahim Sepahtu ke sesi podcast tersebut.

Tak, tak memang tak akan panggil. Terus terang dekat ‘live’ ini, aku berani cakap.



Ada dua nama yang memang aku tak akan panggil, insya-Allah.

Terdahulu, pelawak Jep Sepahtu memuat naik hantaran di laman IG meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast.

Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.

Sementara itu, pelawak Mamat Sepah dilihat memuat naik bait lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).



Bukan itu sahaja, Shuib dilihat turut memuat naik satu hantaran dengan hanya menulis ‘A Plus’ menerusi IG Storynya.

Menerusi pengamatan OhBulan!, kedua hantaran tersebut dibuat beberapa jam selepas perkongsian Jep Sepahtu di IG.

Sumber: Aplikasi X

Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Undangan Podcast, Shuib Beri Respon – [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button