Setiausaha Luar UK beri amaran risiko peningkatan ketegangan di Timur Tengah

Setiausaha Luar UK beri amaran risiko peningkatan ketegangan di Timur Tengah

Setiausaha Luar UK beri amaran risiko peningkatan ketegangan di Timur Tengah
PENUNJUK perasaan berhimpun sebagai memprotes pembunuhan Ismail Haniyeh dan komander tentera Hizbullah Fuad Shukur (gambar poster atas) di Saida, Lubnan.

Moscow: Setiausaha Luar United Kingdom David Lammy berkata beliau mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan dari Iran, Ali Bagheri Kani apabila beliau memberi amaran kepada diplomat Iran itu mengenai risiko peningkatan ketegangan di Timur Tengah, lapor Sputnik.

“Peningkatan ketegangan di Timur Tengah tidak menguntungkan sesiapa.

“Saya bercakap dengan Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani dan memberi amaran bahawa sebarang serangan dari Iran akan membawa kesan buruk kepada rantau itu,” kata Lammy di X pada Selasa.



Beliau menambah bahawa Iran dan semua pihak yang terlibat perlu segera mengambil langkah untuk meredakan ketegangan.

Iran dilaporkan siap siaga untuk menyerang Israel sejurus selepas pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan di Tehran minggu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap




Iran menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berkata serangan itu tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas.

Setiausaha Luar UK beri amaran risiko peningkatan ketegangan di Timur Tengah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button