Ajal warga emas kereta dilanggar dua lori

Oleh – Syeikh Baran


Ajal warga emas kereta dilanggar dua lori
KEADAAN kereta yang remuk teruk selepas dilanggar dua buah lori di Kilometer 5 Jalan Jerantut-Temerloh di Temerloh semalam.

Seorang wanita warga emas maut manakala anaknya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki dilanggar dua buah lori di Kilometer 5, Jalan Jerantut-Temerloh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian pada pukul 4.20 petang berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Temerloh menuju ke Kampung Raja di sini.



“Setibanya di lokasi, pemandu kereta berusia 30 tahun memperlahankan kenderaan untuk masuk ke simpang kanan. Sebuah lori dari arah sama melanggar belakang kereta tersebut sebelum memasuki laluan bertentangan dan dilanggar pula treler,” katanya di sini hari ini.

Pemandu lori yang berusia 41 tahun dan pemandu treler berumur 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan untuk dibedah siasat. Mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button