Lima direman rasuah RM15.3 juta cuci kapal tangki

Oleh – Syeikh Baran


Lima direman rasuah RM15.3 juta cuci kapal tangki
Suspek direman SPRM selepas permohonan itu dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. – Foto oleh IHSAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu selepas disyaki terbabit kes rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM 15.3 juta tiga tahun lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada pengurus anak syarikat minyak dan gas, manakala dua lagi adalah bekas kakitangan syarikat berkenaan selain dua kontraktor.



Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 30 hingga 63 tahun ditahan pada pukul 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan pengurus dan dua bekas kakitangan syarikat itu direman selama lima hari.

Bagi dua kontraktor itu, mereka direman selama tiga hari bermula hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, kesemua individu tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button