Penuntut kolej didakwa amang seksual bayi perempuan 10 bulan

Oleh – Syeikh Baran


Penuntut kolej didakwa amang seksual bayi perempuan 10 bulan
Gambar Hiasan

Seorang penuntut kolej didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi berusia 10 bulan, bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 20 tahun itu tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Jalan Hamzah Kampung Baru, di sini pukul 10 pagi, 31 Julai lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh merupakan anak angkat kepada pengasuh bayi berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tertuduh tidak menganggu mangsa, keluarga dan saksi-saksi kejadian, melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan sehingga kes selesai.



Namun peguam bela, Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan yang rendah diberikan kepada anak guamnya atas alasan tertuduh masih belajar dan menghidap penyakit kanser leukemia.

“Saya percaya bahawa berdasarkan kesihatan tertuduh, wajar untuk mahkamah berikan satu jamin yang paling minima dan tertuduh masih belum didapati bersalah,” kata Azi Azlin.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Mohd. Kafli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Tarikh 24 September ini ditetapkan sebutan semula kes.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button