Pelajar mahu ke sekolah maut dihempap pokok

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar mahu ke sekolah maut dihempap pokok
Keadaan motosikal mangsa selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Charuk Sireh, Sik hari ini.

Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang dia tunggang dipercayai dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Charuk Sireh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Muhammad Assif Md. Zahid, 17, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala.



Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 8.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, bapa mangsa yang mendapat maklumat berhubung kejadian menghubungi isterinya yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Sungai Petani, dekat sini pada pukul 7.44 pagi.

“Ketika dalam perjalanan ke lokasi, wanita itu berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikut suaminya ke Hospital Sik, sebelum dimaklumkan anak mereka telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian mendapati tiada kesan jenayah atau khianat ditemui.



“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button