Puntung rokok disyaki punca wanita rentung

Oleh – Syeikh Baran


Puntung rokok disyaki punca wanita rentung
Lokasi kejadian kebakaran mengorbankan seorang wanita warga emas dalam kejadian di Sea Park, Petaling Jaya, semalam.

Puntung rokok daun dipercayai punca kebakaran di sebuah apartmen sehingga menyebabkan seorang wanita warga emas rentung di Sea Park, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 6.45 petang dan anggota bomba turut dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.



“Kebakaran berlaku di bilik mangsa yang terletak bersebelahan dapur. Mangsa rakyat tempatan berusia 62 tahun ditemui dengan kesan terbakar. Mangsa juga didapati patah kedua-dua belah kaki sejak dua tahun lalu.

“Wanita itu bergerak dengan menggunakan bantuan tongkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulnizam, petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi. Siasatan pasukan forensik bomba mendapati punca kebakaran disyaki daripada rokok daun.

“Banyak puntung rokok ditemukan di sekeliling katil mangsa,” ujarnya.



Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kebakaran itu dan diklasifikasi sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Safuan Alias di talian 011-10255125 atau 03-77222222 bagi membantu siasatan,

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button