Menyamar doktor: Remaja guna MyKad ibu masuk dewan bedah

Oleh – Syeikh Baran


Menyamar doktor: Remaja guna MyKad ibu masuk dewan bedah
Remaja perempuan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk direman pagi tadi. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Remaja perempuan yang ditahan kerana menyamar sebagai doktor semalam dikatakan menggunakan MyKad ibunya bagi menceroboh masuk dewan bedah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS).

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.



“Benar (suspek guna MyKad ibunya),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Hari ini, remaja berusia 14 tahun itu ditahan direman selama dua hari sehingga esok menerusi perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di sini.

Tahanan reman ke atas suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

Semalam, Wan Kamarul Azran mengesahkan remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi HSIS di sini.



Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button