Baru nak gadai hasil samun, dah kena tangkap

Oleh – Syeikh Baran


Baru nak gadai hasil samun, dah kena tangkap
Gambar Hiasan

Pasangan kekasih tidak sempat berjoli hasil samun berjumlah kira-kira RM20,000 apabila mereka diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas disyaki melakukan aktiviti pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok di sini pada kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 20 tahun berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada pukul 1.15 tengah hari semalam.



Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Razman Setapa berkata, sewaktu ditahan, pasangan kekasih terbabit berada di dua kedai pajak gadai berasingan dipercayai mahu menggadai barangan kemas yang disamun mereka.

Beliau berkata, sebelum itu, pihaknya menerima laporan kes pecah rumah daripada mangsa pada pukul 8.55 malam semalam.

“Kejadian pecah rumah tersebut disyaki berlaku sewaktu pasangan suami isteri terlibat keluar bekerja.

“Mereka hanya menyedari rumah mereka dipecah masuk apabila menyedari kesan pecah pada pintu kayu di belakang rumah sewaktu pulang daripada kerja pada pukul 6.23 petang, Rabu lalu,” katanya di sini hari ini.



Mohd. Razman berkata, pemeriksaan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kemudiannya mendapati imej dua individu disyaki suspek memecah masuk rumah mangsa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button