Pelajar tingkatan 5 bawa junior balik rumah kena cekup

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar tingkatan 5 bawa junior balik rumah kena cekup
Gambar Hiasan

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap junior perempuan di sebuah rumah sekitar Taman Keramat, di sini, 25 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan diterima daripada mangsa berusia 16 tahun pada 30 Julai.



Katanya, mangsa dan suspek masing-masing warga tempatan, belajar di sekolah yang sama.

“Pengadu merupakan pelajar tingkatan 4 telah dibawa ke rumah suspek kira-kira pukul 2 petang, 25 Julai.

“Suspek bertindak melakukan amang seksual terhadap mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah berkenaan.

“Mangsa memaklumkan kejadian tersebut kepada guru disiplin dan seterusnya mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut beliau, suspek berusia 17 tahun telah ditahan di sekitar Hulu Klang, di sini, sekitar pukul 9 malam semalam.

“Permohonan reman dibenarkan selama lima hari bermula hari ini hingga Khamis.

“Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button