Diugut sebar gambar bogel atau bayar RM3,000

Oleh – Syeikh Baran


Diugut sebar gambar bogel atau bayar RM3,000
Gambar Hiasan

Berang teman wanita memutuskan hubungan, menyebabkan seorang lelaki tergamak mengugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas kekasihnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ugutan itu diterima mangsa berusia 21 tahun melalui WhatsApp ketika berada di rumahnya di Manjoi pada pukul 1 pagi, Jumaat lalu.



Katanya, suspek dikatakan meminta wang RM3,000 sebagai bayaran kos perbelanjaan ketika mereka masih berhubungan.

“Suspek memberi mangsa tempoh dua bulan untuk menyelesaikan bayaran itu dan sekiranya gagal, lelaki terbabit akan menyebarkan gambar separuh bogel mereka.

“Disebabkan takut, mangsa telah pun membayar RM1,000 kepada lelaki itu di mana dia turut memaklumkan telah menerima ugutan bunuh selain diugut akan diganggu di tempat kerja,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek di mana lelaki itu dipercayai berada di luar Ipoh.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button