Bekas juruteknik didakwa gagal lapor pemberian suapan

Oleh – Syeikh Baran


Bekas juruteknik didakwa gagal lapor pemberian suapan
Gambar Hiasan

Seorang bekas juruteknik syarikat penapisan minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), empat tahun lalu.

Tertuduh Shaharuddin Sulong, 53, didakwa menerima suatu suapan wang RM2,500 daripada pemilik syarikat kren dan logistik, David David Lau Wen Jie, 33, melalui akaun bank milik tertuduh bagi memudahkan pemeriksaan kemasukan kenderaan dan peralatan kerja di Pengerang Integrated Compleks (PIC).



Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 13 Mac 2020, di sebuah bank di Jalan Semantan, Damansara di sini.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di Bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukaman penjara maksimum 10 tahun dan didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 23 Julai lalu, Shaharuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 13 pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM12,900 daripada mangsa sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM, Rais Adha Ramli mencadangkan mengguna pakai syarat jaminan yang sama di Mahkamah Sesyen Johor Bahru iaitu jaminan sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin serta dua syarat tambahan.



“Pasport tertuduh telah diserahkan kepada mahkamah Johor Bahru serta tertuduh perlu hadir ke pejabat SPRM Johor sebulan sekali sehingga kes selesai,” kata Rais.

Peguam bela, A. Rayveni yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Hakim Suzana Hussin membenarkan Shaharuddin diikat jamin dengan menggunakan pakai jaminan dan syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru sebelum ini.

Mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button