Anggota polis disyaki dalang komponen RXZ hilang dalam stor IPD Kemaman

Oleh – Syeikh Baran


Anggota polis disyaki dalang komponen RXZ hilang dalam stor IPD Kemaman
Gambar Hiasan

Tiga anggota polis daerah ini ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen motosikal Yamaha RXZ yang ditempatkan di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 32 tahun itu ditahan pada Selasa lalu.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan dilakukan selepas komponen enjin motosikal Yamaha RXZ didapati hilang daripada simpanan.

“Siasatan awal mendapati dua daripada suspek merupakan peminat tegar motosikal Yamaha RXZ.

“Mereka juga memiliki motosikal jenis itu. Siasatan menyeluruh sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk anggota polis yang melakukan kesalahan jenayah.



Tambah beliau, kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button