Pemain bola bawa kerambit masuk padang, kekasih dicekup

Oleh – Syeikh Baran


Pemain bola bawa kerambit masuk padang, kekasih dicekup
Gambar tular baru-baru ini memaparkan seorang pemain bola sepak menggunakan kerambit dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang membawa masuk kerambit ketika perlawanan bola sepak di Padang Bola Sepak KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, turut ditahan bersama suspek, seorang wanita warga asing berumur 21 tahun, di sebuah rumah di Klang, Selangor, kira-kira pukul 6.30 petang semalam.



“Siasatan awal mendapati suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri ketika kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Suspek lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan, manakala teman wanitanya ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, polis giat mengesan suspek yang juga pemain bola sepak sebuah pasukan dipercayai membawa masuk senjata berkenaan selepas berlaku perselisihan faham antara pasukannya dan lawan.

Tindakan berkenaan dibuat susulan beberapa gambar kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, telah tular di media sosial.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button