Cubaan seludup dadah guna dron di Penjara Tapah gagal

Oleh – Syeikh Baran


Cubaan seludup dadah guna dron di Penjara Tapah gagal
DRON yang ditemui bersama dadah disyaki heroin dan methamphetamine di Penjara Tapah, Tapah Road, Tapah semalam.- FOTO IHSAN PDRM PERAK

Taktik licik penjenayah cuba menyeludup dadah menggunakan dron ke Penjara Tapah di sini gagal selepas peralatan itu berjaya ditemui kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan seorang sarjan penjara mengenai penemuan sebuah dron berwarna putih di atas sebuah bumbung Blok Aman Penjara Tapah Road semasa membuat rondaan bersama rakan setugas.



“Hasil pemeriksaan beliau telah menjumpai satu beg dobi yang digantung pada dron tersebut. Didalamnya terdapat satu peket plastik mengandungi tiga peket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 122 gram.

“Turut ditemui dua peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 12.9 gram,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, berdasarkan siasatan awal, modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk dadah ke dalam penjara dengan menggunakan dron dari luar penjara dan itu adalah kes pertama dilaporkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button