Pesara bomba didakwa beri kenyataan bercanggah kepada SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Pesara bomba didakwa beri kenyataan bercanggah kepada SPRM
Abdul Hamid (tengah) dihadapkan atas tiga pertuduhan memberi keterangan bercanggah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Seorang pesara bomba dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan memberi keterangan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enam tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Hamid S. Abdullah, 64 mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.



Berdasarkan pertuduhan, Abdul Hamid didakwa memberi keterangan bercanggah dengan kenyataan yang diberikannya sebelum ini di Pejabat SPRM Terengganu pada 27 September 2018.

Keterangan tertuduh berkaitan pengetahuannya tentang milikan tiga buah syarikat yang membekalkan alat ganti ‘walkie talkie’, jaket keselamatan, sut dan kompas.

Dia didakwa memberi keterangan tidak selaras itu di Pejabat SPRM Cawangan Segamat, Johor pada  7 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button