Penunggang p-hailing curi baju Ducati RM198 dipenjara seminggu

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang p-hailing curi baju Ducati RM198 dipenjara seminggu
Aimi Shairah (tengah) dihadapkan atas pertuduhan mencuri dua helai baju T jenama Ducati di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Terengganu hari ini.

Gara-gara mencuri dua helai baju jenama Ducati di sebuah pusat beli-belah di bandar ini Khamis lalu, seorang penunggang p-hailing dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Aimi Shairah Ismail, 37, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua helai baju berjumlah RM198 milik sebuah lot kedai di dalam pusat membeli-belah berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 12.30 tengah hari, 8 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, perbuatan itu disedari pengawal keselamatan apabila Aimi Shairah masuk ke sebuah lot kedai lain dalam keadaan mencurigakan.

Tertuduh gagal menunjukkan bukti resit pembelian bagi dua helai baju T jenama Ducati yang disahkan milik lot kedai pakaia berkenaan.



Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button