Nenek Zahirah Macwilson Meninggal Dunia

“Saya Akan Merindui Gelak Tawa…”

Nenek Zahirah Macwilson Meninggal Dunia

Nenek Zahirah Macwilson Meninggal Dunia

Pelakon, Zahirah Macwilson berkongsi khabar duka apabila neneknya, Faridah Binti Nyak Mohamad telah pergi mengadap Illahi, malam tadi.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Zahirah menerusi hantaran di Instagram, yang menyifatkan dirinya seorang yang bertuah mempunyai seorang nenek seperti Allahyarhamah.



“Al-Fatihah buat nenek tersayang kami, Faridah binti Nyak Mohamad, Betapa beruntungnya saya mempunyai nenek seperti kamu. Betapa beruntungnya saya mempunyai peluang untuk menjaga kamu, dan betapa beruntung saya berada di sisi kamu sehingga nafas terakhir pada 11 Ogos 2024, jam 8.30 malam.”-kongsi Zahirah di Instagram

 

Tambahnya lagi, dia turut mendedahkan sikap Allahyarhamah neneknya yang menjadi peminat setia sehingga mengumpul setiap keratan artikel mengenai Zahirah ini.

“Saya akan merindui gelak tawa kamu, cinta kamu terhadap drama Melayu, rutin pagi kamu membaca surat khabar, masakan kamu yang sangat sedap. Terima kasih menjadi peminat terbesar saya, yang mengumpul setiap keratan artikel  mengenai saya.



Hidup tak akan sama tanpa kamu Nek, tapi kami berada di tempat yang lebih baik. Berehatlah Nek.”-tulis Zahirah lagi

Dibanjiri Ucapan Takziah & Doa

Perkongsian Zahirah dibanjiri dengan ucapan takziah serta doa oleh netizen serta rakan selebriti buat Allahyarhamah agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Innalillahiwainailaihirojiun. Al-Fatihah. Salam takziah to you and your family.”-Shima Anuar

“Innalillahiwainailaihirojiun.”-Nadia Brian



“Salam Takziah buat Zahirah sekeluarga.”

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Zahirah sekeluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang beriman…

Nenek Zahirah Macwilson Meninggal Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS Menang, Tanah Hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button