Calon isteri bukan 44 tahun, tapi rupanya 65 tahun
Calon isteri bukan 44 tahun, tapi rupanya 65 tahun
Tokyo: Cinta tidak mengenal usia. Itu kisah lelaki di Jepun yang menjalin hubungan dengan wanita 25 tahun lebih berumur daripadanya, dan hanya mengetahui umur sebenar pasangannya sebelum perkahwinan mereka.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Yoshitaka, 40, dan isterinya yang berusia 65 tahun, Aki, mempunyai 18,000 pengikut di YouTube. Mereka menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun.
Mereka bertemu di sebuah bar dekat Jepun, yang diuruskan Aki, menurut Bunshun Online.
Ketika itu, Yoshitaka sudah berpisah dan sangat tertarik dengan kematangan Aki, malah mengakui jatuh cinta pada pandangan pertama.
“Selepas bersembang dengannya, saya dapati kami berdua pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan, membesarkan anak sendirian, dan kami juga berkongsi banyak minat sama,” kata Yoshitaka kepada Bunshun Online
Tidak lama kemudian, mereka jadi pasangan kekasih tetapi Aki sentiasa bimbang dengan hubungan itu.
Aki berkata, dia selalu mengaku berusia 44 tahun dan takut kehilangan Yoshitaka, jika teman lelakinya itu tahu usia sebenarnya.
Wanita itu nampak muda dan cantik kerana ceria dan mengamalkan rutin penjagaan kulit.
Dalam usaha untuk berterus terang, Aki berkali-kali mencari peluang melakukan perkara yang membolehkan teman lelakinya mengetahui usia sebenarnya.
“Saya meninggalkan pasport dan kad insurans saya di atas meja, berharap dia akan menyedarinya,” katanya.
Bagaimanapun, Yoshitaka sentiasa mengingatkannya dengan lembut untuk menyimpan dokumennya dengan selamat dan mengabaikan isyarat diberi.
Selepas tujuh tahun bersama mereka memutuskan untuk berkahwin dan Aki mendedahkan usia sebenar kepada teman lelakinya sebelum perkahwinan.
Walaupun pada mulanya terkejut, Yoshitaka dapat menerimanya.
“Saya tidak kisah umur sebenar kamu, itu tidak penting. Apa yang penting mengapa kamu tidak beritahu saya lebih awal supaya kamu tidak perlu risau terlalu lama,” katanya.
Menurut Bunshun Online, pasangan itu berhenti kerja selepas berkahwin dan mengembara ke seluruh Jepun.
Kini, mereka mengusahakan kedai perkhidmatan pembersihan penyaman udara dan berkongsi cerita harian mereka di YouTube.
Calon isteri bukan 44 tahun, tapi rupanya 65 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS, Arak Dan PRK Nenggiri
- Kabinet Akan Di Rombak Lagi
- PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :