Lelaki AS cipta 15 rekod dunia dalam sehari

Lelaki AS cipta 15 rekod dunia dalam sehari

Lelaki AS cipta 15 rekod dunia dalam sehari
DAVID Rush juga sudah memecahkan lebih 250 rekod dunia. FOTO GWR

Washington: Seorang lelaki dari Idaho, Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah dan pencapaian luar biasa selepas mencipta 15 Rekod Dunia Guinness (GWR) dalam sehari.

Portal NDTV melaporkan, David Rush juga sudah memecahkan lebih 250 rekod dunia.

Baru-baru ini, Rush mengunjungi ibu pejabat GWR di London untuk mencuba mencipta rekod dunia paling banyak secara serentak. Rekod itu kini adalah 180.



“Mengadili banyak rekod dalam satu hari adalah memenatkan, jadi saya lebih kagum bagaimana Rush terus memecahkan rekod tanpa kelihatan penat,” kata Will Sinden, pengadil rasmi untuk GWR.

Menurut GWR, Rush mula-mula menunjukkan bakat juggling yang mengagumkan.

‘Dia mengunyah tiga epal dengan gigitan terbanyak sambil melakukan juggling dalam satu minit, dengan 198 cubaan yang mengagumkan.

“Dia kemudian menggunakan ketangkasannya untuk merekodkan masa terpantas untuk melantunkan bola ping pong pada dua penutup botol 10 kali menggunakan tangan secara silih berganti, mencapai kejayaan sukar itu dalam masa 2.09 saat sahaja.



“Dia juga memecahkan rekod bagi sentuhan besbol dengan sisi tangan berselang-seli dalam masa 30 saat dengan jumlah keseluruhan sebanyak 125,” katanya.

Senarai rekod itu termasuk, bola ping pong paling banyak melantun ke dinding dengan menggunakan mulut dalam masa 30 saat, dan yang paling banyak dipukul ke dinding dalam satu minit.

Rush juga berjaya mencipta rekod lain termasuk masa terpantas untuk melipat dan membaling pesawat kertas dengan hanya 5.12 saat.

Rekod lain dicipta Rush pada hari sama adalah memakai baju-T paling banyak dalam masa 30 saat (individu) dan terpantas untuk menyusun 10 gulungan kertas tandas dengan satu tangan.



Lelaki AS cipta 15 rekod dunia dalam sehari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button