AS kerahkan kapal selam peluru berpandu ke Timur Tengah [VIDEO]

AS kerahkan kapal selam peluru berpandu ke Timur Tengah

AS kerahkan kapal selam peluru berpandu ke Timur Tengah
AS kerahkan kapal selam peluru berpandu ke Timur Tengah

Washington: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin mengarahkan pengerahan kapal selam peluru berpandu ke Timur Tengah, kata Pentagon pada Ahad.

Ia ketika rantau itu bersiap sedia untuk kemungkinan serangan oleh Iran dan sekutunya selepas pembunuhan anggota kanan Hamas dan Hizbullah.

Walaupun USS Georgia, sebuah kapal selam berkuasa nuklear, sudah berada di Laut Mediterranean pada Julai, ini adalah satu langkah yang jarang dilakukan AS untuk mengumumkan secara terbuka mengenai penempatan kapal selam.



Dalam satu kenyataan selepas Austin bercakap dengan rakan sejawatannya dari Israel, Pentagon berkata, Austin mengarahkan kapal induk Abraham Lincoln untuk mempercepatkan penempatannya ke rantau itu.

“Setiausaha Austin mengulangi komitmen AS untuk mengambil setiap langkah yang mungkin untuk mempertahankan Israel dan menyatakan pengukuhan kedudukan dan keupayaan pasukan tentera AS di seluruh Timur Tengah berikutan ketegangan serantau yang semakin meningkat,” tambah kenyataan itu.

Tentera AS berkata, ia akan mengerahkan jet pejuang tambahan dan kapal perang Tentera Laut ke Timur Tengah ketika Washington berusaha untuk memperkukuh pertahanan Israel.

Ismail Haniyeh, pemimpin politik Hamas yang disokong Iran, dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, pada 31 Julai lalu.



Serangan itu menimbulkan ancaman balas dendam oleh Iran terhadap Israel, yang memerangi kumpulan Islam Palestin di Gaza.

Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu. Israel tidak mengaku bertanggungjawab.

Pembunuhan komander kanan tentera kumpulan Hizbullah Lubnan yang disokong Iran, Fuad Shukr, oleh Israel, dalam serangan di Beirut, mencetuskan kebimbangan konflik di Gaza akan bertukar menjadi perang Timur Tengah yang lebih meluas.

Iran berkata, AS memikul tanggungjawab dalam pembunuhan Ismail kerana sokongannya terhadap Israel.



AS kerahkan kapal selam peluru berpandu ke Timur Tengah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button