Puteri Zarith, Dr Munzir Sah Bercerai Talak Satu

Rasa Seperti Dilahirkan Semula

Puteri Zarith, Dr Munzir Sah Bercerai Talak Satu

Puteri Zarith, Dr Munzir Sah Bercerai Talak Satu

Usahawan dan selebriti media sosial, Puteri Zarith mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan bekas suami, Dr Munzir Shkori di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, pada jam 12 tengah hari, Isnin.

Artikel Berkaitan: Puteri Zarith Harap Urusan Perceraian Segera Selesai, Tak Mahu Emosi Anak Terganggu



Artikel Berkaitan: Puteri Zarith Tak Suka Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit – ‘Kadang-Kadang Terpaksa Tutup Komen’

 

Cerai secara hakam

Puteri Zarith

Ketika dihubungi OhBulan!, Puteri memberitahu hakim memutuskan untuk mereka bercerai secara hakam selepas Dr Munzir enggan melafazkan talak secara rela.



Saya sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suami. Kami bercerai secara hakam.

Mulanya saya fikir dia akan bersetuju untuk lafaz cerai, tetapi dia enggan. Jadi hakim putuskan cerai secara hakam.

Dalam pada itu, Puteri berkata dia ingin memulakan fasa hidup yang baharu dengan lebih indah.

Saya rasa seperti dilahirkan semula, ‘reborn’. Semoga segala yang baik-baik untuk saya selepas ini.



Saya mahu menjalani kehidupan dengan indah, insya-Allah.

Terdahulu, Puteri menfailkan perceraian terhadap bekas suami pada Julai 2024.

Rumah tangga mereka dilaporkan mula bergolak apabila Puteri memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan bekas suami sejak Aidilfitri tahun lalu.

Imbas kembali, Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Darwish dan Puteri Medina.



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button