Muaz Zabir Masih Berahsia Siapakah Pemilik Tangan

‘Kalau Bella Sekali Pun, Dia Sekarang Bukan Isteri Orang’

Muaz Zabir Masih Berahsia Siapakah Pemilik Tangan

Muaz Zabir Masih Berahsia Siapakah Pemilik Tangan

Pelakon Muaz Zabir enggan mengiyakan mahupun menafikan dakwaan mengatakan tangan wanita dalam sebuah video dikongsikan di TikTok adalah milik Bella Astillah.

Kunci mulut

Muaz Zabir Masih Berahsia Siapakah Pemilik Tangan



Kata Muaz, dia membiarkan orang ramai terus berteka-teki dan akui belum bersedia untuk mendedahkan siapakah wanita terbabit.

Kalau itu tangan Bella sekalipun, dia sekarang bukan isteri orang lagi. Mengenai pemilik jari dan kuku itu, saya tak boleh kongsi sebab memang kena dirahsiakan. Nanti kalau dah boleh beritahu saya akan cakap.

Sekarang ini, biarlah orang nak berteka-teki dan buat andaian sendiri, sebab saya  yang cipta konten itu. Saya tak jangka pun video itu akan viral.

Muaz berkata demikian ketika ditemui pada anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad.



Dalam pada itu, Muaz memberitahu dia tidak boleh menutup mulut mana-mana pihak sekiranya masih mengaitkan namanya dengan Bella.

Kalau orang nak kaitkan lagi, nak buat macam mana. Saya memang kena lebih bersikap terbuka dengan netizen. Saya tidak boleh tutup mulut netizen.

Kecaman sekarang tak banyak tapi ramai orang doa baik-baik. Bukan nak cakap sekarang lebih selesa tapi cuma sebelum ini tak mahu dikaitkan dengan Bella ketika isu sedang panas.

Sekarang orang dah faham dengan status, jadi kami pun akan lebih terbuka.



Disoal adakah masih berhubung dengan bekas isteri Aliff Aziz itu, Muaz enggan mengulas secara terperinci.

Saya tak boleh nak cakap kami tak ada apa-apa atau ada hubungan. Kami bekerja dalam industri yang kecil, mahu atau tidak, kami akan berjumpa juga dan tak mahu bermusuh.

Setakat ini saya okey sahaja orang kaitkan dengan dia, tiada masalah pun sekarang.

Muaz Zabir Masih Berahsia Siapakah Pemilik Tangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS Menang, Tanah Hilang

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button