Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu

Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu

Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu

 

Isu lawatan pegawai Jabatan Agama Islam Perak ke kuil Sri Mariamman masih terus dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai rakyat Malaysia yang mahu hidup dengan harmoni dalam kepelbagaian kaum, sikap tersebut sangat mengecewakan kita.



Portal ini pernah mengulas mengenai isu tersebut dengan disertakan hujah dari pihak-pihak yang berkredibiliti.

Namun, lebih mendukacitakan kita semua, ada pihak yang bertindak melampaui batas hingga mempersoalkan pendapat mufti.

Kita akui, mufti juga adalah manusia biasa yang kadang kala melakukan kesilapan.

Tetapi jangan kita lupa, mufti adalah manusia yang Allah SWT berikan kefahaman yang mendalam dalam urusan agama.



Sudah pasti, setiap hujah yang dikemukakan adalah berlandaskan kepada nas sama ada melalui nas Al Quran atau pun Al Hadis.

Dan ianya juga diperkukuhkan lagi dengan sirah sahabat baginda Rasulullah SAW.

Politikus Jangan Berfikiran Jumud

 

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Mohd Khairuddin Aman Razali, memberi teguran kepada pihak tersebut.



“Tidak wajar untuk mana-mana pihak mengkritik kenyataan Mufti Terengganu, Mohamad Sabri Haron bahawa umat Islam dibenarkan memasuki tempat ibadat bukan Islam untuk berdakwah.”

“Mereka perlu memahami maksud sebenar dakwah Islam.”

“Mufti Terengganu menegaskan keberadaan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan jika dengan tujuan dakwah.”

“Ia bermaksud tanggungjawab setiap Muslim ialah membawa mesej Islam.”



“Termasuk mesej cintakan kedamaian, interaksi kemanusiaan dan sebagainya sama ada secara lisan atau secara pembawaan diri,” jelas beliau.

Teguran Khairuddin tersebut adalah sebagai respon kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Naib Presiden MCA, Wee Jeck Seng.

Menurut MCCBCHST, menyebarkan Islam ke rumah ibadat bukan Islam boleh mengakibatkan gangguan ketenteraman.

Kita agak keliru mengapa MCCBCHSST membuat kenyataan begitu.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Bukankah pihak kuil sendiri menyambut baik lawatan tersebut, jadi di mana dakwaan timbul gangguan ketenteraman?

Manakala Wee Jeck Seng pula berkata, pandangan mana-mana agama tidak harus dipaksakan ke atas pihak lain.



Apakah Wee Jeck Seng sudah menghubungi pihak kuil untuk memastikan wujud paksaan sebagaimana yang beliau dakwa?

Secara jujur, sebenarnya rakyat marhaen di Malaysia tidak ada masalah untuk hidup dengan harmoni dalam kepelbagaian kaum.

Yang menimbulkan masalah adalah ahli politik yang jumud pemikiran mereka.

 

Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button