Iran dijangka serang Israel minggu ini – Rumah Putih

Iran dijangka serang Israel minggu ini – Rumah Putih

Iran dijangka serang Israel minggu ini - Rumah Putih
RAKYAT Iran mengibarkan bendera Palestin semasa protes mengecam pembunuhan pemimpin kumpulan Hamas, di dataran Palestin di Tehran pada 31 Julai 2024. FOTO fail AFP

Washington: Iran akan melancarkan serangan ‘signifikan’ ke atas Israel minggu ini, kata Rumah Putih pada Isnin.

Kenyataan itu ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membincangkan krisis berkenaan dengan pemimpin Eropah.

“Kami perlu bersedia untuk apa yang boleh menjadi satu set serangan signifikan,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita.



“Kami berkongsi kebimbangan dan jangkaan yang sama seperti rakan sejawatan Israel kami berhubung kemungkinan masa (serangan) itu minggu ini,” tambah Kirby.

Kenyataan Kirby dibuat ketika AS sedang mengerahkan kumpulan kapal induk dan kapal selam peluru berpandu ke rantau itu sebagai tanda sokongan kepada Israel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang




Iran dan kumpulan Hizbullah Lubnan berikrar untuk membalas dendam susulan serangan maut pada bulan lalu.

Serangan itu menyebabkan kematian ketua politik Hamas Ismail Haniyeh dan komander Hizbullah, Fuad Shukr.

Biden memanggil pemimpin Perancis, Jerman, Itali dan Britain, Isnin lalu, untuk membincangkan ketegangan yang semakin meningkat, tambah Rumah Putih.

Ia sebahagian besarnya untuk semua pemimpin berkenaan mengulangi apa yang mereka katakan sebelum ini, dari segi menyokong pertahanan Israel.



Ia juga bertujuan menghantar mesej kuat dan menyatakan keengganan untuk melihat sebarang peningkatan dalam keganasan, sebarang serangan oleh Iran atau proksinya.

Pemimpin terbabit juga menggesa gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza, dengan rundingan sukar ditetapkan pada Khamis ini untuk menghentikan konflik.

Gesaan itu dibuat sejurus selepas Biden kembali ke Pejabat Oval selepas menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang di rumah pantainya di Delaware.

Iran dijangka serang Israel minggu ini – Rumah Putih


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button