Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR
Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR
Setiap kali menjelang pilihanraya, PAS akan memainkan watak sebagai hero kepada agama Islam dan juga kepada orang Melayu.
Walau pun ironiknya, sebelum ini PAS dilihat sangat menentang Assobiyah.
Nasib orang Melayu yang mereka dakwa diabaikan, akan dilagukan di setiap pentas kempen pilihanraya pemimpin PAS.
Namun tanpa mereka sedari dan mungkin kerana dilakukan dalam keadaan yang terdesak, isu pemilikan tanah KESEDAR yang dimainkan, menyerlahkan sifat kemunafikan pemimpin PAS.
Realiti yang berlaku adalah, hingga ke hari ratusan ribu ekar tanah begitu mudah jatuh ke tangan syarikat-syarikat orang luar dan asing.
Tetapi program penyerahan geran tanah kepada anak tempatan khususnya KESEDAR begitu susah sekali diselesaikan oleh kerajaan negeri.
Kerajaan PAS Kelantan adalah kuasa penentu untuk geran-geran tanah ditukar nama kepada pemilik yang ditujukan.
Hal ini diperakui sendiri oleh MB Kelantan, namun pihak kerajaan PAS hanya mempolitikkan.
Bagi peneroka program KESEDAR, mereka hanya mahu urusan ini diselesaikan segera tanpa pelbagai alasan.
Sebaik saja DS Zahid, mengumumkan 7,000 ekar tanah KESEDAR sudah dipecahkan lot dan akan diserahkan kepada 2,200 peneroka, mulalah pelbagai tomahan dan fitnah.
Tujuannya untuk kaburkan mata rakyat yang dari tindak tanduk pemimpin PAS yang selama ini enggan bekerjasama dalam program membasmi kemajuan.
Hanya kerana ianya dijalankan oleh kerajaan persekutuan.
@wanmahussinwanzain @Datuk Seri Takiyuddin 4 KB berhentilah menipu..kamu tu setiausaha agung PAS..Islam tak ni?
♬ bunyi asal – Wan Mahussin Official – Wan Mahussin Official
Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hasan merupakan bekas exco kerajaan negeri Kelantan.
Beliau menyedari kelambatan penukaran tanah berpunca dari proses pejabat tanah di bawah kerajaan PAS Kelantan.
Memang kelazimannya untuk berbohong.
Lalu beliau cuba mengalihkan isu dengan tomahan tanah pejabat KESEDAR sendiri kepunyaan kerajaan negeri.
Seolah-olah kerajaan negeri dianiaya dan menyalahkan kelambatan kepada KESEDAR.
Kebiadaban Takiyuddin
@umnoonline Takiyuddin Sila Tarik Kenyataan, Ini Fitnah Kepada KESEDAR – Datuk Hj Zawawi Osman, Pengerusi KESEDAR
Pengerusi KESEDAR, Zawawi Othman segera membidas tomahan Takiyuddin, tersebut malah bersedia menyamannya di mahkamah.
Niat jahat Takiyuddin itu akhirnya terserlah.
Dengan biadab beliau memanggil tindakan tersebut sebagai pondan dan hanya mahu hal itu dijawab di atas pentas politik.
Demikianlah sikap pemimpin PAS yang hanya menjadikan masalaah rakyat sebagai mainan dan hiburan politik mereka.
Tepat sebagaimana yang dikatakan Muhyiddin yang kini menjadi bos Perikatan Nasional, PAS berbohong apabila terperangkap.
Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR
Di Syorkan Untuk Anda:
- Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil