Perbicaraan kes bunuh, bakar kekasih dijalankan 15 hari

Oleh – Syeikh Baran


Perbicaraan kes bunuh, bakar kekasih dijalankan 15 hari
Muhammad Fakrul akan menjalani perbicaraan selama 15 hari di Mahkamah Tinggi Klang. (Gambar Fail)

Prosiding perbicaraan kes pembunuhan kejam dilakukan seorang pemuda terhadap kekasihnya yang hamil akan dijalankan selama 15 hari di Mahkamah Tinggi di sini.

Perbicaraan tersebut akan bermula 23 Februari depan dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil sehingga 40 saksi.



Timbalan Pendaftar, Mohd. Hirman Ab. Raub memutuskan demikian selepas menerima laporan psikiatri tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, daripada pihak pendakwaan.

“Justeru itu, mahkamah menetapkan minggu pertama perbicaraan kes itu pada 23 hingga 27 Febuari 2026. Ia kemudian diikuti minggu kedua bermula 9 hingga 13 Mac, manakala 30 Mac hingga 3 April tahun sama bagi minggu terakhir perbicaraan,” katanya.

Tarikh pengurusan kes pula ditetapkan pada 7 Oktober depan.

Terdahulu pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Rosnee Mohd. Radzuan memberitahu makkamah bahawa laporan psikiatri daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak itu telah tersedia.



Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button