Tiga sekeluarga maut: Lelaki bakar rumah di Pagoh diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Tiga sekeluarga maut: Lelaki bakar rumah di Pagoh diberkas
SUSPEK yang melarikan diri selepas disyaki membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar rumah kediaman didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar berjaya diberkas awal pagi hari ini.

Setelah lima hari menyembunyikan diri, lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sehingga menyebabkan tiga nyawa terkorban di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini berjaya diberkas polis di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan penahanan terbabit.



Katanya, suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar di sini, pagi ini, untuk permohonan reman.

Polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung tangkapan terbabit.

Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button