Lelaki mengamuk guna pisau potong daging ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mengamuk guna pisau potong daging ditahan
POLIS menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman selepas mengamuk menggunakan pisau pemotong daging di dataran KTMB di Ipoh hari ini.

Seorang lelaki disyaki mengalami masalah mental ditahan polis selepas mengamuk menggunakan pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Jalan Dato Panglima Bukit Gantang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu dilaporkan kepada polis pada pukul 2.45 petang dan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan sambil memegang pisau di tangan kanan.



“Lelaki itu telah diminta melepaskan pisau tersebut tetapi dia bertindak agresif dengan melibas pisau berkenaan beberapa kali ke arah polis.

“Semasa tangkapan dibuat, berlaku pergelutan hingga mengakibatkan seorang anggota berusia 35 tahun mengalami kecederaan pada siku kiri manakala suspek pula tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati suspek 31 tahun itu mempunyai empat rekod lampau bersabit kes jenayah dan sembilan rekod lampau kes dadah.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button