Peluang Mbappe dakap trofi bersama Real

Peluang Mbappe dakap trofi bersama Real

Peluang Mbappe dakap trofi bersama Real
MBAPPE

WARSAW – Gergasi Sepanyol, Real Madrid berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan oleh Atalanta menjelang perlawanan pembuka tirai saingan Piala Super Eropah di Stadium Nasional Warsaw, Poland awal pagi esok.

Ketua jurulatih The Galacticos, Carlo Ancelotti mengakui sukar untuk meletakkan harapan tinggi memandangkan ini adalah perlawanan kompetitif pertama buat kedua-dua pasukan selepas berakhirnya siri jelajah pramusim sebelum ini.

“Saya jangkakan perlawanan yang sukar kerana Piala Super Eropah adalah aksi rasmi pembukaan musim ini. Namun, saya percaya barisan pemain akan bersaing di sana dengan membawa mentaliti juara.



“Dalam masa sama, saya tidak mahu pasukan terlalu memandang rendah dengan kualiti yang ada pada Atalanta. Mereka telah buktikan pada musim lepas yang mereka ada kualiti sebenar untuk bergelar juara Liga Europa.

“Mereka berjaya singkirkan kelab-kelab pilihan seperti Liverpool sebelum menewaskan juara Bundesliga, Bayer Leverkusen di pentas final dengan aksi dominan. Saya harap kami tidak terleka dan memberikan fokus seratus peratus sepanjang perlawanan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




Sementara itu, Ancelotti memberi bayangan penyerang baharu pasukan, Kylian Mbappe akan diturunkan dalam kesebelasan utama sekali gus membuat aksi debut sejak berhijrah secara percuma daripada Paris Saint-Germain (PSG), bulan lalu.

“Saya percaya Mbappe sudah bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama atau dimasukkan sebagai pemain simpanan. Perkara paling penting buatnya ketika ini adalah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan.

“Bagaimanapun, saya langsung tidak risau dengan perkara tersebut kerana dia memiliki personaliti yang hebat dan cukup disenangi oleh rakan-rakan sepasukan di atas padang. Harap dia dapat sumbangkan pada aksi itu nanti,” katanya.

Difahamkan, seorang lagi tonggak The Galacticos, Jude Bellingham bakal diberikan tempoh rehat lebih panjang apabila baru sahaja menyertai kem latihan apabila kembali daripada cuti selepas membantu England mara ke pentas final Euro 2024 bulan lepas. – AGENSI



Peluang Mbappe dakap trofi bersama Real

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button