RM10.7 bilion untuk tambah tren penumpang baharu KTMB

RM10.7 bilion untuk tambah tren penumpang baharu KTMB

RM10.7 bilion untuk tambah tren penumpang baharu KTMB
PUTRAJAYA 14 AUGUST 2024. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (2, kanan) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (2, kiri) ketika sidang media berhubung Inisiatif Pemerkasaan Industri Kereta Api di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin (kiri). FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Putrajaya: Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pajakan bagi menambah 62 set tren penumpang baharu Fasa 1 dengan anggaran kos mencecah RM10.7 bilion bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam membabitkan tren penumpang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bermula dari 2024 hingga 2027.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif pajakan adalah strategi baharu yang dilaksanakan berbanding kaedah pembelian terus yang dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, kos penambahan 62 set tren daripada 68 set yang dimiliki ketika ini akan ditampung secara ansuran dengan tempoh pajakan selama 30 tahun, menerusi mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Malaysia dan China.



Katanya, cadangan penggunaan kaedah pajakan bukan sahaja akan mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk pemerolehan tren yang menelan kos yang besar, malah dapat meningkatkan mutu perkhidmatan rel dengan lebih pantas.

“Merujuk kepada keadaan semasa, jumlah bilangan tren dalam perkhidmatan yang boleh dipercayai secara keseluruhan hanya 68 set tren penumpang tetapi kita memiliki landasan yang panjang dengan kadar penggunaan hanya 30 peratus sahaja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh




“Kos sebenar akan dimuktamadkan selepas selesai rundingan dengan kerajaan China menerusi China Railway and Rolling Stock Corporations (CRRC) dalam tempoh masa terdekat,” katanya pada sidang media bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, di sini, hari ini.

Penambahan sebanyak 62 set tren penumpang dalam Fasa 1 merangkumi, 36 set Three Car Set (3CS) Electric Multiple Unit (EMU) set; 12 set Six Car Set (6CS) Electric Multiple Unit (EMU) set; dan 14 set Six Car Set (6CS) Diesel Multiple Unit (DMU) set (yang dikhususkan untuk laluan Pantai Timur).

Ketika ini, hampir 90 peratus tren penumpang dalam rangkaian perkhidmatan KTMB adalah buatan syarikat China, CRRC yang juga syarikat milik kerajaan China.

CRRC juga peneraju industri kereta api yang terkemuka dalam pasaran global baik dari segi teknologi mahupun dari segi hasil perniagaan yang memiliki operasi di Batu Gajah




DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang

Mengulas lanjut, Loke berkata, kaedah perolehan secara pajakan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat berbanding perolehan tren secara biasa, selain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan keretapi dan meningkatkan kadar penggunaan landasan kepada 45 peratus menjelang 2027.

Katanya, antara kebaikan kaedah pajakan adalah kos pajakan merangkumi semua tahap penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) oleh entiti yang membekalkan tren untuk tempoh pajakan.



“Rundingan pajakan adalah tertakluk kepada beberapa terma iaitu kerajaan akan memiliki pegangan majoriti dalam syarikat CRRC Stock Centre, Batu Gajah atau entiti yang dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan China.

“Syarikat pembekal perlu memiliki sekurang-kurangnya 40 peratus keperluan kandungan tempatan; pemindahan teknologi dan penggunaan tenaga kerja tempatan,” katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) melaksanakan komitmen untuk mentransformasi landskap pengangkutan awam di Malaysia, dengan penekanan khusus di Lembah Klang.

Beliau berkata, masalah kepadatan kereta api dan ketersediaan bas yang masih pada tahap rendah menyebabkan kadar pemilikan kereta di Lembah Klang adalah antara yang tertinggi di dunia.



Katanya, di Lembah Klang, hanya terdapat 0.21 bas yang beroperasi bagi setiap 1,000 orang meliputi 323 laluan, namun hanya 9.0 peratus laluan mempunyai kekerapan 1 hingga 15 minit, 63 peratus beroperasi setiap 16-30 minit dan 28 peratus lagi melebihi 30 minit.

“Sasaran telah ditetapkan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 untuk mencapai 40 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan sedang mempertimbangkan peningkatan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan ‘first and last mile’ yang bersepadu.

RM10.7 bilion untuk tambah tren penumpang baharu KTMB

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button