AS lulus penjualan senjata bernilai AS$20 bilion kepada Israel
AS lulus penjualan senjata bernilai AS$20 bilion kepada Israel
Israel juga akan membeli hampir 33,000 kartrij kereta kebal, 50,000 katrij mortar bahan letupan dan kenderaan kargo tentera baharu.
Pesawat F-15, yang akan mula dihantar pada 2029, akan menaik taraf armada semasa Israel dan meliputi radar dan peralatan komunikasi.
“AS komited terhadap keselamatan Israel, dan adalah penting bagi kepentingan negara AS untuk membantu Israel membangun dan mengekalkan keupayaan pertahanan diri yang kuat dan bersedia,” kata Jabatan Negara dalam notisnya mengenai F-15. Jet pejuang F-15 dibuat oleh Boeing.
Mengenai kartrij kereta kebal, AS berkata, penjualan itu akan meningkatkan keupayaan Israel untuk menghadapi ancaman musuh semasa dan masa depan, mengukuhkan pertahanan tanah airnya dan berfungsi sebagai penghalang kepada ancaman serantau.
Kongres AS boleh menyekat penjualan senjata tetapi proses itu sukar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairuddin Tegur Pihak Yang Kritik Mufti Terengganu
- Laporan RCI Di Serah Pada Agong, IJN Sila Kosongkan Katil
- Mahathir sudah tewas kepada Zahid, itu hakikat.
Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh
Kumpulan hak asasi manusia dan beberapa anggota berhaluan kiri Parti Demokratik menggesa pentadbiran untuk mengekang atau menghentikan penjualan senjata kepada Israel, menyuarakan rasa jijik terhadap korban awam dalam konflik Gaza.
Sabtu lalu, penyelamat di wilayah Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, 93 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Israel mendakwa ia menyasarkan pejuang yang beroperasi di luar sekolah.
AS lulus penjualan senjata bernilai AS$20 bilion kepada Israel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR
- Panglima perang dan “Sidekick” Mahathir hilangkan diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :