Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
Oleh Adam Malik
\Mengejutkan, Dua anak Mahathir masih belum dapat Isytiar harta.
Sudah berapa bulan berlalu semenjak sidang media dibuat oleh Tun Mahathir bagi meluah perasaan ketidak puasan hati nya terhadap arahan istyiar harta oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia terhadap dua anaknya Mokhzani dan Mirzan Mahathir.
Dalam pada itu, kita sebagai rakyat sangka sudah selesai di isytiar dan telah diserah kepada SPRM.
Rupa nya sehingga kini masih belum dapat di isytiar lagi oleh kedua anak anak Tun Mahathir.
Apakah begitu banyak sangat harta atau begitu sukar hendak di istyiar?
Sudah berapa kali juga SPRM beri tempoh dan lanjutan tangguh namun belum juga siap pengistyiaran nya.
Tun Mahathir juga pernah memberi kenyataan bahawa siasatan terhadap kedua anaknya adalah bertujuan untuk mensasar kepada dirinya.
Jika itu benar , bagus juga lah , kerana jika Tun Mahathir tidak bersalah apa perlu takut?
Ketika Datuk Seri Najib Razak dianayai, dan harta milik DSNR dirampas penyokong DSNR sangat marah dan kecewa, maka apa yang terjadi terhadap anak anak Tun Mahathir sangat dialu akukan oleh mereka.
Harus di ingat ketika harta DSNR dirampas dibulan Ramadhan, kes terhadap DSNR belum pun dibuka lagi.
Rampasan dilakuan semata mata untuk kerja propaganda untuk memberi gambaran DSNR rakus dan perompak.
Maka hari ini apabila anak anak Tun Mahathir ,Mirzan dan Mukhriz terkena ia sangat memuaskan hati ramai orang UMNO dan penyokong DSNR.
Kegembiraan yang sama juga dirasai ketika Tun Daim didakwa dan bangunan milik keluarganya bernilai RM2 bilion disita.
Terkini apabila Tan Sri Azam Baki memberi kenyataan bahawa tempoh lanjutan untuk Mirzan dan Mokhzani akan berakhir pertengahan bulan September depan , maka pasti sekali seluruh negara akan meMberi tumpuan pada tarikh itu.
Ada sumber menyatakan selepas serahan senarai harta diberikan, siasatan oleh LHDN pula akan menyusul.
Persoalan , adakah anak anak Mahathir akan berbuat seperti Tun Daim dimana tidak istyiar sebahagian harta kerana implikasi menjawap bagaimana ia diperolehi?
Sama sama kita tunggu laporan SPRM.
Kepada Tun Mahathir cukup cukup lah dengan menggangu politik negara dan tumpu lah kepada isu harta anak anak sendiri.