Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
Komik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama yang dikarang oleh bekas ahli DAP Hew Kuan Yau sekali lagi menimbulkan kontrovesi dalam negara.
Komik tersebut hampir mencetuskan ketegangan di antara rakyat Malaysia sebenarnya sudah diharamkan penerbitannya oleh kerajaan pada 2019.
Tetapi selepas rayuan dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan, pengharaman tersebut telah dibatalkan pada 26 Julai 2022.
Penghakiman di Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa komik ini tidak menjejaskan ketenteraman awam.
Ekoran dari itu, Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan Perintah Larangan yang sebelum ini diwartakan pada 2019.
Berikut adalah kronologi kontrovesi mengenai komik tersebut:
23 Oktober 2019
KDN mengharamkan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama kerana kandungannya yang dikhuatiri memudaratkan ketenteraman awam.
6 Julai 2022
Hew Kuan Yau berjaya merayu membatalkan larangan tersebut di Mahkamah Rayuan.
3 Disember 2022
Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan angkat sumpah.
8 Disember 2022
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan KDN untuk mengembalikan larangan ke atas komik ini.
26 Julai 2024
Mahkamah Rayuan dengan 3 panel hakim memutuskan bahawa komik tersebut tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam walaupun dulu setelah 6 bulan di pasaran.
6 Ogos 2024
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menandatangani pembatalan perintah larangan.
12 Ogos 2024
Pembatalan larangan komik diwartakan.
Timbul persoalan kepada kita, apakah istimewanya komik tersebut hingga pengharamannya dicabar di mahkamah?
Apakah komik tersebut mempunyai nilai kenegaraan yang tinggi hingga pihak tertentu menganggap ianya wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia?
Kenapa Sebelum Ini Kerajaan Mengharamkannya?
Antara sebab pengharaman sebagai mana yang terdapat dalam warta perintah larangan adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) adalah:
“Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.”
“Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.”
“Menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan mengenai komunis.”
“Mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.”
Persoalannya, mengapakah kerajaan yang memerintah sekarang tidak menangguhkan dahulu warta penarikan pengharaman sehingga proses semakan kehakiman?
Mengapa perlu terburu-buru?
Benar, kerajaan sudah berubah dan dasar pemerintahan juga berubah.
Tetapi adakah isi kandungan komik tersebut sudah berubah?
Ribuan anggota keselamatan kita terkorban ketika menentang pengganas komunis.
Ribuan isteri menjadi balu kerana suami mereka dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis.
Juga ribuan anak-anak menjadi yatim piatu kerana ayah, ibu atau kedua-duanya mati dibunuh komunis.
Apakah nilai sebuah komik lebih tinggi dari pengorbanan mereka terhadap agama, negara dan bangsa?
Apakah Ada Nilai Kenegaraan Dalam Komik Hew?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Siapa Sebenarnya Dalang Masalah Tanah KESEDAR
- Anak Mahathir Di Beri Lanjutan Isytihar Harta
- Minda Luar Sedar Annuar Musa Bila Bercakap Tentang KESEDAR